Monday, January 17, 2011

TALAM CENDOL

Suka tengok berjenis2 kuih talam yang dibuat oleh yatie dan kawan2 blogger yang lain... teringin nak membuatnya.. tapi di rumah ni anak2 memang tak berapa suka makan kuih-muih jenis talam.. maka bila buat tentulah menjadi rezeki kwn2 di bilik guru hari ini.. saya membuat talam cendol malam tadi... resepi oleh chef asma yang saya CP dari blog Jurnal resepi bdaria.. terima kasih chef asma n bdaria kerana berkongsi resepi talam cendol yang sangat sedap.. saya minta izin CP resepi di sini untuk rujukan saya pada masa depan..

TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma
Lapisan bawah
Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
  • 1 tsp garam
Bahan B

200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Sunday, January 16, 2011

CREAM CHEESE BUTTERCAKE

Kek tertunda.. sempena hari jadi en hb.. semalam baru ada kesempatan untuk mengadun..bila dah masak tak sempat pula nak berdeco2 .. rancangan awal nk membuat japanese cheese cake, selepas tu zebra cheese cake pulak spt di dapur kak rusnah... walaupun dah berkali2 berjaya membuat JCC tetapi pengalaman membuat JCC yang bantat baru2 ini ...terasa fobia pula untuk membuatnya lagi.. tak tau di mana silapnya.. tpi mesti ada silapkan..

CCBC ni pun tak berkali2 saya membuatnya..boleh juga lihat di SINI sangat sedap .. pada saya lah.. resepi oleh Diana saya CP dari dapur kak ummi kuantan.. terima kasih kak ummi..
aaa.. bergaya dengan CC 2 kg...kedai ni tak jual saiz kecil.. nk buat apa lagi ni..1 1/2 kg...

Cream Cheese Butter Cake
Sumber: Diana
Bahan:- (loyang 8x8 inci)
200 gm mentega
200 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
250 gm gula kastor

5 biji telor
250 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*guna Rasberry jam)


Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder. (ayak 3 x)
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
6. Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
7. Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.


ROTI GULUNG SOSEJ

Sarapan hari ini.. inspirasi dari hasue.. teruja bila melihat cheese yg sedang 'melting' di n3 nya semalam.. malam2 mgulung roti untuk projek sarapan hari ini.. 2 hari dlm seminggu jer dapat peluang memasak bagai.. itu pun kalau rajin.. hihihi.. kalau malas menyerang... nescafe n biskut pun dah ok.. resepi saya CP dari dapur Hasue.. kwn2 blogger yg lain pun rasanya ramai yg dah mencuba.. resepi asal oleh ustazah Azie ada di MYR ... terima kasih Azie dan hasue...

Roti Gulung Sosej
Sumber :Aziemas@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4 orang )
• 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
• 8 sosej ayam @ daging
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan( saya letak 1/2 kpg slice cheese..)
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas.
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

nasi goreng bodo pun ada...
versi belum potong... mmg sedap...


Saturday, January 15, 2011

TIRAMISU

Macam ganas pulak .... perasan hari ini ialah rasa nak masak semua makanan yg dah di 'list'kan dalam kepala.. siapa lah yg jadi mangsa agaknya.. hihihi.. ini ialah hasil pecah dapur noorsa petang semalam .. tiramisu versi gelas n mangkuk kaca.. menggunakan biskut marie perasa coklat.. untuk versi gelas, setiap lapisan saya masukkan 2 kpg biskut marie..rasanya lainkali klau letak 3 kpg pun tak ape..saya guna coklat rice sahaja utk hiasan.. resepi saya CP dari Noorsa.. dan saya ikut step yang noorsa berikan.. resepi asal umi_e di MYR. terimakasih mama dhira n darwish, umi_e dan MYR...
RESEPI TIRAMISU
Resipi Asal : umi_e, Myresipi

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek - guna biskut mery
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  • Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cream cheese dan whipping cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


Untuk yang guna biskut merie bagi menggantikan kek, boleh ikut cara dibawah.

1. Patahkan biskut dan celupkan 2 keping biskut kedalam air nescafe.kalau size biskut sama besar ngan dasar bekas, tak perlulah patahkan..
2. susun ke dasar gelas. gunakan sudu k... pastuh masukkan adunan cream cheese.
3. celup 2 keping biskut lagi ke dalam air nescafe dan susun molek² atas dasar cream cheese tu..ulang sampai penuh gelas @ bekas tu.. pastu leh ikut cara no 9 & 10 diatas )

Friday, January 14, 2011

Tauhu Berinti(Stuffed Tofu)

Makan2 petang tadi.. resepi hasil selongkar dapur kak ummi kuantan.. guna tauhu biasa sahaja.. macam kata kak ummi .. memang sukar nak 'handle' bila guna tauhu jenis ini.. saya pula memang tak pernah terjumpa tauhu kuning tu.. untuk cerita lanjut bolehlah jenguk2 di dapur kak ummi yer..minta izin kak ummi nak copy paste rspi di sini.. terima kasih kak ummi

TAUHU BERINTI (STUFFED TOFU)
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 keping tauhu jenis kuning
  • 1/2 biji bawang besar - didadu halus
  • 6 - 8 ekor udang sederhana besar - kerat kecil2
  • 1 biji cili merah - cincang halus
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 2 biji telor - dipukul sikit
  • minyak untuk goreng terendam
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu separuh masak atau sedikit kekuningan. Angkat dan toskan, biar sejuk sikit.
  2. Kerat tauhu kepada 2 bahagian dan keluarkan isi dalamnya dengan sudu.
  3. Lecek2 halus isi tauhu tadi dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali minyak dan telor.
  4. Setelah sebati, sumbatkan ke dalam tauhu tadi, buat hingga siap.
  5. Celup tauhu ke dalam telor dan gorengkan hingga kekuningan kesemua bahagian tauhu.
  6. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos pilihan
makan dgn sambal kicap jer.. klau dapat dapat buat sos utk tauhu sumbat tentu lagi sedap..

Thursday, January 13, 2011

Bubur Putih Bubur Merah

13 Januari.. Happy Birthday my dear HB.. huuuu... tak sempat nak buat kek untuk ayah.. ini je yg sempat ...kali ini sambut harijadi fesyen dulu2.. makan bubur merah bubur putih jer dulu.. harap2 esok sempat buat kek n masak2 ..

Smbg cerita ... bubur putih bubur merah ni lagi... orang jawa kata 'bancahan'... yg seakan2 bermaksud mcm tanda kesyukuran..

Resepi atas permintaan sahabat2 blogger yang dikasihi...

Bahan2:
1 cwn beras pulut.
air secukupnya utk memasak pulut..
1 cwn santan
garam
gula pasir ikut manis
gula merah/melaka ikut manis juga..
daun pandan

Cara@
1. Basuh pulut n masak hingga pulut kembang.. klau kering letak air lagi..
2. Bila pulut dah kembang, masukkan garam dan santan.. gunakan api perlahan.
3. Bila dah mendidih keluarkan/asingkan sesenduk bubur putih/saya suka mkn yg putih .. sy asingkan 2 senduk
4. Masukan gula pasir dan gula merah dalam baki bubur tadi.. kacau hingga gula hancur.. rasa manisnya.. tutup api .. siap...

Tuesday, January 11, 2011

TELUR BUNGKUS

Hari ini cuti ..merajin2kan diri memasak makanan untuk tengahari.. telur bungkus .... lauk2 lain ikan goreng n sayur kobis goreng.. resepi dari myr oleh maz.. terima kasih maz..

Bahan-bahan ( 2-3 orang-rspi angaran )
  • 2 biji telur
  • 2-3 sdu bsar isi ayam yg diptong kecik-kecik
  • 2-3 sdu bsar mix veg
  • 1/2 labu bawang besar-hiris nipis2@dadu kecik2
  • 1 ulas bawang putih-cincang halus
  • 2 sdu bsar tomato paste/saya letak sos tomato jer
  • sos cili/sos tiram-agak2 lah ye(dlm 1 sdu utk 1 jnis sos)
  • garam,gula,air(pak aji,jika suke)/ saya letak sos ikan..

Cara-cara

  1. utk inti-panaskan 2 sdu bsar mnyk,msukkan bwang ptih dan bawang besar,masak biar layu je,pastu msukkan isi ayam,kacau biar isi ayam tu masak sekata,masukkan plak mix veg,biar skejap dlm 1 minit,kmudian msukkan smua jenis sos td,perasakan ikut selera,kacau biar sebati,klu terlalu kering msukkan air(skit je dlm 3-4 sdu bsar,sbb sosnya kena pekat,klu cair nti meleleh kluar dr telur)siap dan ketepikan dulu.
  2. utk buat telur dadar - pukul telur dgn skit garam
  3. panaskan kuali yg telah disapu dgn skit myk(skit je tau,gna brus je)tuang telur td dan lenggangkan kuali tu(btul ke bhasa ni,leh pham ke)biar telur tu menjdi bulatan yg bsar dan nipis(jgn nipis sngat plak) buat telur dadar-ana guna kuali non-stik pan yg bsrnya dlm 10-12 inci,lbih krang saiz pnggan mkn tu(klu xde gna je lah kuali biasa tu,tp kena pndai pusing telur tu biar jd nipis dan buat jd bulatan besar.masak dgn api kecik je(x perlu diterbalikkan telur tu(maksudnya cma msk 1 bhgian bwah je)
  4. masak dlm 2-3 minit je,bila telur tu dah masak padamkan api dan angkat tlur tu letak dlm pnggan yg bsar
  5. amik inti td,tuang ditengah2 telur,ratakan dgn sudu biar jg 4 sgi(buat kat tngh2 je,inti ni jgn bnyk sngat,nti susuh nk lipat,tinggalkan dlm 2-3inci kelilingnya utk lipat)
  6. bila dah siap ratakan inti tu,amik bhgian hjung telur yg tinggal tu,lipat letak atas inti(biar npak inti tu,takpe..)
  7. lipat smpai telur tu jd bntuk 4 sgi,dgn isi didlmnya terdedah(takpe..jgn risau)
  8. pastu amik 1 lg pinggan,telengkupkan/letak atas pnggan yg ada tlur td tu dan pegang kedua-dua pnggan tu dan terbalikan (pinggan yg ada tlur kat atas,pinggan yg 1 lg tu kat bawah
  9. nti inti yg x tertutup td akan berada dibhgian bwah pnggan dan yg bhgian cntik tu akan berada diatas

PUDING ROTI SOS VANILLA

Jangan marah!.. N3 puding roti lagi.. ini lebihan roti semasa membuat aiskrim roti goreng hari tu.. petang ni nak goreng aiskrim pulak.. jgn marah lagi.. hihihi.. dirumah ni puding roti memang tak pernah menolak.. kali ni saya mencuba resepi dari dapur Alam Sari..Sari kata rspi ni dari E-na.. terimakasih Sari n E-na berkongsi resepi.. akak C&P resepi di sini.. untuk sos vanila tu sama pulak rspi di dapur Catlina.. tq juga utk cat yg berjaya mengoda akk dengan lelahan sos atas puding rotinya itu...

Puding Roti Sos Vanila
Sumber: E-na
Bahan-bahan ( 1 happy family )

* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)


* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

Cara-cara

1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang

sebelum di bakar
dah masak..

Saturday, January 8, 2011

Oreo Cheese Cup Cake

Dah habis...sangat sedap n mudah saja menyediakannya... bila banyak berjalan2 ke blog kawan2 .. semangat nak mencuba n memasak akan membara.. walaupun penat tak terkata... resepi asal oleh Citarasawan dan saya copy dari blog Chikadakbiru .. TQ kak wan n chikadakbiru.. dah .. saya nak ke sekolah utk LDP 1/Peofesionlisme 1 hari ini...

Oreo Cheese Cup Cake
sumber : Resepi Citarasawan

Bahan-bahan

250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar - CB buang bahagian krim
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum (CB tambah)

Cara-cara

Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah. Susun cupliner dekat loyang cupcake.
(utk ingatan saya... suhu 160C utk oven sy).. bakar kali pertama dgn suhu 180C)cheese cake ni menjadi agak kering n kekuningan )..
1. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim. Masukkan essen vanila. sambil pukul.
2. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan lincin dan tidak berketul.
3. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, Cb letak di 4 bahagian.
4. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.
5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkn ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan



base oreo..
dah letak adunan cheese n tutup dgn kepingan oreo.. sblm di bakar

Wednesday, January 5, 2011

Kuih Bakar Pandan

Hijauuuuu... saya suka warna hijau...hikhikhik.. dah lama saya tak buat kuih kegemaran keluarga ni.. buat semalam utntuk makan2 sambil menghilangkan stress.. bila dah mula bersekolah .. aktiviti memasak agak terbatas.. awal2 persekolahan memang sibuk dengan mesyuarat n latihan rumah sukan.. sarapan pagi dan makan tengahari..ikut kesempatan..
Resepi kuih bakar ni juga boleh dapat di SINI..(MYR)

Kuih Bakar Pandan
Sumber : Inspirasiku
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..


SUPIRMOM

Tugas bermula jam 620 pagi... menghantar aimman ke high school kemudian adik ke TIGS.. tahun ni adik dah pun belajar di sek men.. sekejap jer masa berlalu.. kemudian menuju ke tempat bertugas.. lebihkurang jam 640 pagi.. walaupun sesi persekolahan bermula jam 720 pgi.. saya dah biasa datang awal ke sekolah... bersedia awal lebih baik kan... jam 330 ptg.. mengambil anak-anak n pulang ke rumah.. begitulah rutin seharian saya.. aduhai penatnya...

Sunday, January 2, 2011

Kek Span Pandan

Salam... jom buat kek yang sedap n mudah ini..TQ MYR n tuan punya resepi sweet4ever...


Kek Span Pandan

Sumber :MYRESEPI

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

· tepong super fine - 150 gram

· gula kastor - 150 gram

· telor - 5 biji telor A

· ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar

· air daun pandan - 80ML

· minyak / mentega cair -80ML

· pes pandan - 5ML/ 1sudu teh

· serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh

· sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Selamat Tahun Baru 2011

Ucapan Selamat Tahun Baru untuk semua rakan blogger...dah lewat 3 hari pun kan.. untuk Nur Cetusan Rasa.. bebanyak terima kasih utk kad cyber ni n ingatan.. semga persahabatan yang terjalin bertambah erat.. begitu juga untuk kawan-kawan blogger yang lain.

Friday, December 31, 2010

Aiskrim Goreng

Projek lama yg dah terpendam.. semalam bila terpandang di blog Catlina terus ke dapur hana selongkar atas n bawah..hihihi.. mmg teruja utk mencuba ais krim goreng ni. sebelum ni pernah makan di sebuah warong sebelum jambatan Tongkang pechah tu.. biasalah bila makan.. saya akan membelek2 n dgn rasa tak malu n ringan mulut terus bertanya makcik yg mgoreng ais krim ni.. berpandukan rspi di dapur Hana n saya mengubahsuai sedikit rspi ini.. Saya CP resepi dari dapur hana yer.. terima kasih dik ina n lina.pg..

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat....
Letakan aiskrim pilihan... kebetulan ada 2 box aiskrim di peti ais.. sukenya...
aiskrim lava coklat
Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim ...lupa nk snap pic pulak.. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah..terus simpan dalam bahagian bhg dinginbeku peti ais..
Lebihan tepi2 roti tu jgn di buang.. hihihi.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..
aiskrim roti yg telah siap.. saya dpt 12 keping.. simpan semalaman sebelum di goreng...
goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.. n siap boleh terus di makan...
sangat yummyyyyyyy... jom makan aiskrim goreng di petang jumaat yg indahhhh...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin